September 06, 2015

TUHAN sedang Menguji Kita

Bismillah..

Pagi semalam, macam biasa As menjalankan kewajipan ke premis comel itu.
Mengatur susun apa yang patut untuk tugasan  pembantu keesokan hari.

As terpandang buku yang menarik perhatian untuk As tatap walau sekejap. 'TUHAN SEDANG MENGUJI KITA'..
Banyak pengajaran yang walau baru mukadimah dan tajuk pertama. Kisah berkaitan kemalangan..apa yang utama dan spontan  patut kita sebagai hamba buat jika ianya berlaku. Kuat ke tidak iman dan hati hanya akan terlihat apa bila saat kita diuji.

Fikiran menerawang apa sebenarnya yang bakal dialami..terus menjadi tanda tanya!

Selepas Solat Zohor, kami bertolak ke destinasi untuk memenuhi undangan saudara terdekat. Alhamdulillah kenderaqn tetap bergerak walau agak romantik!
Syukurlah dari tak bergerak..itu bisik hati.

As memperaktikkan apa yang dipelajari.. beristighfar, berselawat. Moga dengan memohon keampunan itu menjadi asbab kami terselamat dari musibah.

Sedang leka melayan hati dan ragam pemandu di jalanraya tetiba satu hentakan keras dari arah belakang kereta kami, yangbterzahir dari mulut 'Allahummasalliala Muhammad!
Emmm dah kenalah tu!
Allahuakbar!!

Benar sekali As dan keluarga sedang diuji dari segala sudut. Fizikal dan mental.
Alhamdulillah..
Remuk kereta kami kelihatan kembali normal..pelik!!!
Kereta mereka yang melangar nampak renyuk.

Tak mengapalah!..
Budak muda lagi, perempuan pulak tu. Teringat pada anak perempuan kami, pun baru dapat lesen memandu. Semuga sikap berlebih kurang kami ini menjadi asbab terpeliharanya anak-anak kami kelak. InshaAllah dengan izin Allah tiada yang mustahil..

Pengajarannya di sini..
Dalam setiap apa juga perbuatan dan tindakan kita haruslah dalam keadaan rasional dan keupayaan menenangkan diri itu sangat penting dalam semua sudut..

Allahuakbar..
ENGKAU MAHA SEGALA-GALANYA dan berhak penuh ke atas para hamba-NYA..

April 21, 2015

Ujian diberi sambut dengan sabar

Buat insan bernama aku..

Alhamdulillah..

Ku terima ujian ini dengan tenang dan syukur..

Allah sedang menguji hambanya jika aku layak dipanggil 'hamba'..

January 28, 2015

Adakah saya orang yang ' berpantang'

Suatu ketika, semasa kita di dalam persekitaran yang amat mengancam naluri diri adakah kita mampu buat keputusan yang baik untuk diri?

Seorang sahabat bertanya "kau ni sangat sabar betul dalam soal makanan ya"..aku sengeh saja dengar pendapatnya..

Jauh di sudut hati.."adakah aku begitu..? Setahu aku la aku ni jenis sangat kuat pantangnya..hehehe!.. 'Pantang Jumpa'..
Makanya yang jadi makin bulat  tapi comel ni..(perasan)..
Rupanya..betapa sukarnya mengawal nafsu makan ni ya bila badah dah 'semangat' ..

Serba serbi tak kena..

"Ya Allah!.. berilah daku kekuatan berdepan dengan makhluk-MU yang bernama Nafsu ini..izinkan Aku mengawalnya buka aku dikawalnya.. Aminn!...

January 26, 2015

Kerja gile..

Apa yang kita faham tentang kerja gila?..
Setiap manusia yang memandang persoalan ini pasti mempunyai terjemahan dan maksud yang tersendiri ye tak?..

Apa pun yang kita lakukan dan kerjakan buatlah dengan bersungguh-sungguh perlakuannya..seperti pepatah 'buat kerja gila..baru hasil menggila pasti yang lihat pun tergila-gila..hehehe..jangan ikut jika kita orang yang biasa-biasa..

January 25, 2014



as salam..
Bismillah..

ketahuilah olehku.. senyum itu satu terai yang sangat hebat dan mamu membuat kita tenang dan gembira sebab dengannya saya dan anda semua mendaat ahala