September 06, 2015

TUHAN sedang Menguji Kita

Bismillah..

Pagi semalam, macam biasa As menjalankan kewajipan ke premis comel itu.
Mengatur susun apa yang patut untuk tugasan  pembantu keesokan hari.

As terpandang buku yang menarik perhatian untuk As tatap walau sekejap. 'TUHAN SEDANG MENGUJI KITA'..
Banyak pengajaran yang walau baru mukadimah dan tajuk pertama. Kisah berkaitan kemalangan..apa yang utama dan spontan  patut kita sebagai hamba buat jika ianya berlaku. Kuat ke tidak iman dan hati hanya akan terlihat apa bila saat kita diuji.

Fikiran menerawang apa sebenarnya yang bakal dialami..terus menjadi tanda tanya!

Selepas Solat Zohor, kami bertolak ke destinasi untuk memenuhi undangan saudara terdekat. Alhamdulillah kenderaqn tetap bergerak walau agak romantik!
Syukurlah dari tak bergerak..itu bisik hati.

As memperaktikkan apa yang dipelajari.. beristighfar, berselawat. Moga dengan memohon keampunan itu menjadi asbab kami terselamat dari musibah.

Sedang leka melayan hati dan ragam pemandu di jalanraya tetiba satu hentakan keras dari arah belakang kereta kami, yangbterzahir dari mulut 'Allahummasalliala Muhammad!
Emmm dah kenalah tu!
Allahuakbar!!

Benar sekali As dan keluarga sedang diuji dari segala sudut. Fizikal dan mental.
Alhamdulillah..
Remuk kereta kami kelihatan kembali normal..pelik!!!
Kereta mereka yang melangar nampak renyuk.

Tak mengapalah!..
Budak muda lagi, perempuan pulak tu. Teringat pada anak perempuan kami, pun baru dapat lesen memandu. Semuga sikap berlebih kurang kami ini menjadi asbab terpeliharanya anak-anak kami kelak. InshaAllah dengan izin Allah tiada yang mustahil..

Pengajarannya di sini..
Dalam setiap apa juga perbuatan dan tindakan kita haruslah dalam keadaan rasional dan keupayaan menenangkan diri itu sangat penting dalam semua sudut..

Allahuakbar..
ENGKAU MAHA SEGALA-GALANYA dan berhak penuh ke atas para hamba-NYA..

No comments:

Post a Comment